Assalamualaikum .. Semua manusia ada perasaan malu .. Malu itu fitrah manusia dan bagi orang Islam , malu adalah PERASAAN yg mendesak seseorang itu dari melakukan segala perkara yg dikeji Allah dan melakukan perkara yang dipuji Allah ..
Malu datang dari hati dan ianya bukan boleh dibuat-2 .. Pernah tak kita dengar ada orang yg buat-2 malu ?? Mesti tidakkan .. Malu datang dari HATI dan JIWA yg sedar bahawa Allah sedang MEMERHATI setiap gerak-geri kita kerana Allah itu Maha Melihat ..
MALU ITU PERLU ada dalam diri setiap manusia KHUSUSnyaorang Islam .. Terdapat dua jenis malu iaitu :
1 . Malu yg asli , iaitu malu yg telah menjadi tabiat dan perangai seseorang manusia itu sejak lahir ke dunia .. Malu jenis ini adalah dari Akhlak yang mulia dan malu itu menjadi KEKUATAN yag mencegah LARANGAN dan mendorong KEBAIKAN ..
2. Malu yang diusahakan iaitu dengan cara mengenal Allah , Menginsafi Kebesaran Allah , Kegagahan Allah serta YAKIN kepada Penguasaan-NYA dan Ilmu Allah .. Malu yg datang dari batin dan jiwa yg kerana kesempurnaan dan penelitian terhadap segala nikmat Allah serta mendalami kekurangan dan kelemahan diri sendiri sebagai tanda MALU dan Syukur kepada Allah ...
Sebagai Hamba Allah , kita tidak seharusnya malu untuk menyatakan KEIMANAN kita pada Allah .. Maksudnya , TAK perlu malu untuk melakukan ibadat pada Allah .. Sebaliknya , Malulah untuk melakukan KEMUNGKARAN dan MAKSIAT pada Allah ..
Ramai orang ISLAM kini tidak lagi mempunyai perasaan malu .. Sebagai contoh , membuka aurat dan berpeleseran di Pusat-2 Membeli belah tanpa menghiraukan perintah Allah supaya untuk menutup aurat .. Islam TAK pernah menghalang penganutnya untuk MENGHIAS DIRI .. Tapi perlu ada batasnya , aurat WAJIB ditutup ..
INGATLAH ! MALU ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN .. JANGANLAH MALU UNTUK MELAKUKAN KEBAIKAN TAPI MALULAH UNTUK MELAKUKAN KEMUNGKARAN !
SEMOGA MENDAPAT MANFAAT !
ASSALAMUALAIKUM , SALAM RAMADHAN DAN SALAM 1MALAYSIA !












