ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Terima kasih sudi singgah !!

! Orang Yang di Cintai Di kebas orang?? !






Assalamualaikum para pembaca ! hari ni saya nak berkongsi sikit pasal kecewa nie ...
Kekecewaan memang pahit. Orang sering tidak tahan menanggung rasa kecewa yang dialaminya. Mereka selalunya akan cuba membuang perasaan kecewa itu tetapi tak boleh , BETUL KAN ?? .. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: 'Ada tiga perkara dimana tidak seorang pun yang dapat terlepas darinya, yaitu prasangka, rasa sial, dan dengki. Dan aku akan memberikan jalan keluar bagimu dari semua itu, yaitu apabila timbul pada dirimu prasangka, janganlah dinyatakan, dan bila timbul di hatimu rasa KECEWA, jangan cepat difikirkankan, dan bila timbul di hatimu dengki, janganlah diperturutkan.”

Pernah tak terjadi pada diri kamu , bila mana orang yang kamu suka atau cintai itu , diSAMBAR orang ?? Pernah bukan ? Sakitnya hati kita masa itu tidak boleh digambarkan dengan kata-2 .. rasa macam nak bunuh diri pun ada .. Ketahuilah , JANGAN MENJADIKAN BUNUH DIRI itu sebagai JALAN PENYELESAIAN terakhir ..Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud : 'DAN SESIAPAPUN YANG MEMBUNUH DIRINYA SENDIRI DENGAN SEPOTONG BESI, DI NERAKA IA AKAN DIAZAB DENGAN BENDA YANG SAMA".
Kalau kita bunuh diri dengan cara terjun bangunan , di Neraka kelak , kita akan disiksa dengan perkara yang sama ...


Jodoh adalah Urusan Allah , jika orang yang kita cinta itu di miliki orang lain bukan bermakna kita sudah tiada jodoh lagi .. YANG PATAH akan tumbuh dan yang HILANG akan berganti .. Mungkin itu takdir Allah terhadap diri kita ...Ungkapan yang terkenal: WE CAN'T DIRECT THE WIND BUT WE CAN ADJUST OUR SAIL – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji/kecewa) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

Berzikirlah pada Allah bagi menenangkan jiwa .... Berdoalah pada Allah jika kecewa datang menjangkiti hati kita ...



Ini pula DOA PENDEKAT JODOH :


Pada hati yang sedang kecewa , tenanglah dikau dari perasaan yang mengganggu fikiran dan kewarasan akal ...

MAAFLAH ye , image tak berapa nak clear .. zoom in larh sendiri ye .. ^_^ ..
THANKS FOR READING =)

! Menahan Marah Membawa Kita Ke Syurga !

Assalamualaikum .. Apa khabar BLOGGER ?? dah lama tak update blog nie .. dah bersawang dah .. :D .. Hari nie saya nak berkongsi sedikit mengenai MARAH .. Siapa diantara kita yang tak pernah marah ?? semua pernah marah , tapi bagaimana nak menahan nafsu marah kita ?? bagaimana pula dengan menahan marah kita boleh Masuk Syurga Allah ??






Dari Abu Hurairah R.A bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Rasulullah S.A.W : 'Berilah wasiat kepadaku' . Sabda Rasulullah : 'Janganlah engkau Marah' . Kemudian lelaki itu mengulangi soalan yang sama dan Rasulullah memberi jawapan yang sama iaitu JANGANLAH ENGKAU MARAH .. Dalam hadis lain , ada seorang lelaki bertanya kepada baginda Rasulullah : 'Apakah amalan yang paling mudah untuk aku masuk Syurga ?' Rasulullah menjawab : Janganlah engkau marah dan engkau akan masuk Syurga' ...


Lihatlah sahabat sekalian , Rasulullah sangat mengambil berat mengenai perihal kemarahan ini .. Sehinggakan kita akan dapat masuk syurga kalau menahan kemarahan kita .. Bukan bermakna dengan menahan marah sahaja kita dah dapat masuk syurga , amalan-2 lain seperti solat dan puasa juga wajib dilaksanakan .. Marah adalah sifat semulajadi seorang manusia yang normal .. Kalau nak melenyapkan terus perasaan marah tu memang tak boleh , tapi kita boleh menahan kemarahan kita ...


Macam mana pulak nak menahan marah ?? Ubahlah posisi kita , seperti Sabda Rasulullah : Apabila marah seorang daripada kamu dalam keadaan berdiri , maka hendaklah dia duduk .. kalau tidak hilang juga kemarahannya itu hendaklah dia berbaring ... Dalam hadis lain pula , Rasulullah menyuruh kita berWudhu' bagi menghilangkan marah .. Sebab apa kena berwudhu' ?? kenapa tak Tayamum je ?? .. Kerana marah itu adalah dari Syaitan , dan syaitan itu daripada api .. Api boleh dipadamkan dengan menggunakan air .. Itulah sebabnya Rasulullah menyuruh kita berwudhu' ..


Hadis-2 Rasulullah yang lain mengenai Marah :

”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi saw mengulangi ucapannya 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

"Sesiapa menahan kemarahan padahal dia mampu melauhkannya, maka Allah kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya." (HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)


“ Orang mukmin itu bukan pencaci maki, pengutuk, berkata keji dan tidak berlidah kotor.”(riwayat tarmizi)


"Sesiapa menahan kemarahan padahal dia mampu meluahkannya, maka Allah kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya." (HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)



APA PUN INGATLAH , LIDAH ITU LEBIH TAJAM DARIPADA LIDAH .. LIDAH MAMPU MEMBUATKAN MANUSIA BERTELINGKAH SESAMA SENDIRI .. SEBARKANLAH MAKLUMAT INI , SEPERTI SABDA RASULULLAH : SEBARKANLAH DARIKU WALAUPUN SATU AYAT .. ^_^ SEMOGA MENDAPAT MANFAAT .. ASSALAMUALAIKUM !









THANKS FOR READING =)