ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Terima kasih sudi singgah !!

Malu benteng orang beriman

Assalamualaikum .. Semua manusia ada perasaan malu .. Malu itu fitrah manusia dan bagi orang Islam , malu adalah PERASAAN yg mendesak seseorang itu dari melakukan segala perkara yg dikeji Allah dan melakukan perkara yang dipuji Allah ..
Malu datang dari hati dan ianya bukan boleh dibuat-2 .. Pernah tak kita dengar ada orang yg buat-2 malu ?? Mesti tidakkan .. Malu datang dari HATI dan JIWA yg sedar bahawa Allah sedang MEMERHATI setiap gerak-geri kita kerana Allah itu Maha Melihat ..
MALU ITU PERLU ada dalam diri setiap manusia KHUSUSnyaorang Islam .. Terdapat dua jenis malu iaitu :

1 . Malu yg asli , iaitu malu yg telah menjadi tabiat dan perangai seseorang manusia itu sejak lahir ke dunia .. Malu jenis ini adalah dari Akhlak yang mulia dan malu itu menjadi KEKUATAN yag mencegah LARANGAN dan mendorong KEBAIKAN ..
2. Malu yang diusahakan iaitu dengan cara mengenal Allah , Menginsafi Kebesaran Allah , Kegagahan Allah serta YAKIN kepada Penguasaan-NYA dan Ilmu  Allah .. Malu yg datang dari batin dan jiwa yg kerana kesempurnaan dan penelitian terhadap segala nikmat Allah serta mendalami kekurangan dan kelemahan diri sendiri sebagai tanda MALU dan Syukur kepada Allah ...
Sebagai Hamba Allah , kita tidak seharusnya malu untuk menyatakan KEIMANAN kita pada Allah .. Maksudnya , TAK perlu malu untuk melakukan ibadat pada Allah .. Sebaliknya , Malulah untuk melakukan KEMUNGKARAN dan MAKSIAT pada Allah ..

Ramai orang ISLAM kini tidak lagi mempunyai perasaan malu .. Sebagai contoh , membuka aurat dan berpeleseran di Pusat-2 Membeli belah tanpa menghiraukan perintah Allah supaya untuk menutup aurat .. Islam TAK pernah menghalang penganutnya untuk MENGHIAS DIRI .. Tapi perlu ada batasnya , aurat WAJIB ditutup ..
INGATLAH ! MALU ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN .. JANGANLAH MALU UNTUK MELAKUKAN KEBAIKAN TAPI MALULAH UNTUK MELAKUKAN KEMUNGKARAN !

SEMOGA MENDAPAT MANFAAT !

ASSALAMUALAIKUM , SALAM RAMADHAN DAN SALAM 1MALAYSIA !

THANKS FOR READING =)

KERAP TERTINGGAL SOLAT SUBUH ??

Assalamualaikum .. Khaifa haluka/haluki ?? Semoga sihat dan dipelihara Allah selalu .. Tajuk entri saja dah membuatkan ramai antara kita TERSENYUM sendiri bukan ?? J .. SOLAT SUBUH adalah salah satu solat yg ‘PALING PAYAH’ untuk dilakukan bagi sesetengah umat Islam .. Mengapa Allah mengadakan Solat Subuh ?? Ketika Nabi Adam A.S di campakkan ke dunia kerana melanggar perintah Allah dari memakan makanan larangan di Syurga kerana di hasut oleh IBLIS LAKNATULLAH , Nabi Adam melihat dunia ini gelap gelita kerana waktu itu boleh dikatakan awal pagi (waktu subuh) .. Lalu Nabi Adam melakukan solat Dua Rakaat .. Dari situ ADANYA Solat Subuh ini ..

Ramai diantara umat Islam LIAT untuk bangun Solat Subuh .. Kadang-2 , saya sendiri pun sama .. J .. Tapi , kita boleh menunaikan solat Subuh sebaik sahaja bangun dari tidur .. Seseorang yg tertidur atau terlupa untuk melakukan solat , WAJIB digantikan solat itu dan TIDAK dikira BERDOSA sebagaimana meninggalkan Solat dengan Sengaja ..
Menurut pendapat yg masyhur dalam kalangan sarjana-2 Fiqh Mazhab Syafi’ie , TIDAK WAJIB QADA’ ,
Tetapi memadai dengan niat menunaikan solat Subuh seperti biasa .. TAPI JANGAN SENGAJA
TAKNAK BANGUN SOLAT SUBUH PULAK YEE !! ^_^ ..

SEMOGA MENDAPAT MANFAAT !

ASSALAMUALAIKUM , SALAM RAMADHAN , SALAM 1MALAYSIA


THANKS FOR READING =)

Hukum berkumur pada SIANG HARI dalam bulan RAMADHAN

Assalamualaikum .. Ada sahabat saya yang bertanya , ADAKAH BATAL PUASA JIKA KITA BERKUMUR PADA SIANG HARI DALAM BULAN RAMADHAN ?? ..


(Ilustrasi Sahaja)

Menurut Pendapat para sarjana dalam Mazhab Syafi'ie , HARUS membersihkan mulut
ataupun bersugi sebelum masuk waktu zuhur .. Selepas waktu Zuhur , hukumnya adalah Makruh ..
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah
            daripada bau kasturi

Walaubagaimanapun , Imam Nawawi dalam fatwanya menjelaskan , TIDAK MAKRUH membersihkan mulut walaupun selepas masuk waktu Zuhur .. Menurutnya , hadis itu bukan melarang membersihkan mulut , tapi hanya menyatakan kelebihan orang yg berpuasa ..
(Ilustrasi Sahaja)


Pendapat Imam Nawawi ini menyatakan TIDAK MENGAPA membersihkan mulut dengan ubat pencuci mulut bagi orang yg sedang berpuasa ...


Diharap apa yg saya kongsikan nie dapat di manfaatkan semua orang dalam bulan Ramadhan yg mulia nie ... ^_^

ASSALAMUALAIKUM , SALAM RAMADHAN DAN SALAM 1MALAYSIA .. ^_^

THANKS FOR READING =)

Tiada Agama Lain Selain Islam !

Assalamualaikum .. Salam Ramadhan kepada semua umat Islam yang membuka entri blog saya yang tak seberapa ni .. :) .. Setiap insan yang bergelar manusia adalah sama disisi Allah .. Dlam Islam , tiada beza antara yang kaya dan miskin , cantik dan hodoh .. Semua manusia sama disisi Allah KECUALI Keimanan dan Ketakwaan kita pada Allah ..



Tiada agama lain yang diterima dan diredhai Allah kecuali ISLAM .. Seperti firman Allah yang bermaksud : Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada nabi-nabi: Ibrahim a.s, lsmail a.s, Ishak a.s, Yaakub a.s dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada nabi-nabi: Musa a.s dan Isa a.s, dan sekelian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah Kami berserah diri (Islam)". .. Ayat ini menyatakan bahawa , semua Nabi & Rasul beriman pada Allah dan Islam .. Hatta nabi Isa yg digelar JESUS a.k.a juga beriman dengan Allah , Nabi Muhammad dan agama Islam .. Tiada istilah anak tuhan kerana Nabi Isa juga manusia biasa seperti kita ..


Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang  yang rugi .. Dalam kata lain , barang siapa yang mencari sesuatu yang berbeza dan menyimpang dari ajaran Islam , maka dia akan menyesal dan berada di kalangan golongan yg rugi di akhirat kelak ..




Kita perlu sentiasa menyemak 'indeks' KEIMANAN kita pada Allah .. Top-up pahala-2 kita .. Jangan asyik top-up handphone saja .. ^_^ .. Ketahuilah , memang susah untuk membuat perkara baik , memang susah untuk mempertahankan Keimanan kita dan memang susah untuk melakukan ibadah pada Allah .. Tapi ingatlah , setiap amalan-2 yg kita buat sama ada WJIB atau SUNAT , akan memenuhkan Tabung Amanah Saham Akhirat kita kelak ..


                                                              (ilustrasi sahaja)




Ingatlah wahai sahabat . ISLAM agama kita , MUHAMMAD nabi kita , AL-QURAN panduan kita , KAABAH kiblat kita , MUSLIMIN dan MUSLIMAT saudara kita  .. Bersatulah kita mengangkat panji kebesaran Islam dengan laungan !!! لا إله لا إله إلا الله  .. Semoga kita semua mendapat manfaat diatas apa yg saya kongsikan .. Yang Baik datang dari Allah , Yang buruk datang dari kesilapan saya sendiri ... 




SALAM RAMADHAN , SALAM 1MALAYSIA , ASSALAMUALAIKUM  ... ^_^




THANKS FOR READING =)

Puasa ada peringkat ??

Assalamualaikum sahabat semua .. Pejam celik dah masuk bulan RAMADHAN kan ?? Rasa cepat masa berlalu  .. Seperti sabda Rasulullah 1400tahun dulu yg bermaksud akan tiba Hari Kiamat apabila masa berlalu dengan singkat .. :)  pernah tak kita dengar sebelum ni , puasa ada peringkatnya ?? Ya , memang ada ..



Menurut Imam Ghazali Puasa ada tiga peringkat iaitu :

1.PUASA UMUM - Hanya menahan lapar dan dahaga dan tidak melakukan perkara-2 yang membatalkan puasa .. Selain itu , kurang meninggalkan perkara makruh dan tidak melakukan amalan-2 sunat dalam bulan Ramadhan .. Dalam kata lain , hanya menahan lapar dan dahaga semata-2 ..


2.PUASA KHUSUS - Mereka yang berpuasa dan menjaga akhlak mereka .. Tidak mengumpat , memfitnah , membuang masa dan lain-2 perkara LAGHA .. Juga selalu membuat amalan-2 sunat seperti Tadarus Al-Quran solat sunat dan lain-2 ibadah sunat ..

3. PUASA KHUSUSUL KHUSUS - Menjaga diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dan yang boleh membatalkan puasa .. Mereka juga mementingkan ibadat-2 sunat , sehinggakan ibadat sunat tersebut dianggap seperti Ibadat wajib .. Anggota badan juga berpuasa dari melakukan maksiat dan kemungkaran kepada Allah .. Hati  sentiasa berzikir dan mengingati Allah S.W.T ..


ANDA DALAM PERINGKAT PUASA YANG MANA SATU ?? UMUM , KHUSUS atau KHUSUSUL KHUSUS ?? Wallahua'lam .. ^_^
THANKS FOR READING =)

Marhaban Ya Ramadhan ....

Ramadan adalah simbol perjuangan membebaskan diri seorang Muslim daripada belenggu penjajahan musuh ketatnya iaitu syaitan yang dilaknati Allah SWT.

Kejayaan seorang muslim boleh dilihat daripada cara dia mengendalikan perjuangan berpuasanya sama ada secara optimum mahupun minimum. Seperti solat Jumaat untuk mingguan dan solat lima waktu untuk harian.
Rasulullah bersabda maksudnya:

"Solat lima waktu, dan solat Jumaat ke solat Jumaat berikutnya, dan Ramadan ke Ramadan berikutnya adalah menjadi penebus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tadi, selama orang itu menjauhi dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)

Banyak batasan agama yang wajib dipatuhi setiap orang berpuasa supaya puasanya bermanfaat bagi dirinya di dunia dan di akhirat. Antara batasannya seperti disabdakan Baginda maksudnya:

"Barang siapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya." (Hadis riwayat Muslim)

Dalam hadis lain maksudnya:

"Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri daripada percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji." (Hadis riwayat Muslim)

Di samping memelihara kewajipan lahiriah seperti tidak makan dan minum, orang yang berpuasa juga mesti memelihara kewajipan batiniah supaya puasanya sempurna.
Imam al-Ghazali (w. 505H) menggariskan kewajipan batiniah puasa itu antaranya:

Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara tercela dan dibenci agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah SWT.

Memelihara lidah daripada bercakap kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata riak.

Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan.

Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa.

Menahan perut daripada makan makanan yang syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang yang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana, kemudian dia menghancurkan sebuah kota (kerana dalam kota ada istana itu).

Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas paling dibenci Allah SWT daripada perut yang penuh dengan makanan halal.

Dan hendaklah hati berasa bimbang antara takut dan harapan, kerana tiadalah diketahui apakah amalan puasa itu diterima Allah SWT, sehingga seseorang itu digolongkan ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah), ataupun puasanya tertolak, maka terhitung dia ke dalam golongan orang yang terjauh daripada rahmat Allah SWT.

Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah SWT.

wallahhu alam ... ^_^ SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA .. 

THANKS FOR READING =)

! Cara Mengetahui Si Gadis Itu Masih Ada Dara Atau Tidak !

Assalamualaikum para pembaca dan penulis blog .. hari ni saya nak berkongsi sedikit tentang cara kita nak mengetahui seseorang gadis itu masih dara atau tidak .. Ramai yang bertanya , PENTING KE PERLU TAHU GADIS TU DARA ATAU TAK ?? Penting juga , kerana takut akan terjadi salah faham dan pertelingkahan mengenai perkara ini jika kita tak RUNGKAI dari sekarang .. ^_^ Antara caranya :




Sebenarnya, melalui tapak tangan kita boleh membuat penelitian berbagai aspek tentang perangai atau sikap seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan.
Melalui tapak tangan juga kita boleh merenung masa lampaunya dan apakah yang tersirat dihatinya.

Sentuhan ini disebut sentuhan antara hati ke hati. Akan tetapi ilmu meneliti tapak tangan ini tidaklah perlu mempunyai ilmu firasat atau batin. Memadai dengan melihat beberapa perubahan fizikal tapak tangan seseorang itu, sama ada mereka yang kuat bekerja, malas atau bermacam-macam lagi.

Justeru itu untuk memastikan seseorang gadis itu masih dara melalui tapak tangannya. Retak pada bahagian kanan dan kiri tapak tangan kanannya menandakan gadis itu sudah tiada dara.

Jika gadis itu masih dara, telapak tangannya samada sebelah kiri atau kanan tidak akan retak. Keretakan ini kelihatan jelas dengan urat-urat walaupun tangan gadis itu lembut. Sebalikknya gadis yang masih ada dara akan kelihatan kiri dan kanan telapak tangan kanannya licin dan lembut. Sebaliknya mereka yang tiada dara, jika ditekan pada bahagian kiri dan kanan tapak tangan kanannya, warna pucat akan berlaku dan lekukan akan kelihatan terlalu mudah menolak balik ke asal.

Walau bagaimanapun tidak semua gadis akan mempunyai sisi reka bentuk yang dinyatakan sedemikian. Ini selalunya berlaku pada gadis yang berkulit tebal dan agak kasar. Tetapi untuk mempastikan kedudukan sebenar gadis itu antara masih dara atau tidak, anda juga oleh memerhatikan pada bahagian tengah tapak tangan kanannya. Jika terdapat garisan yang terputus pada bahagian tengahnya bermakna gadis telah hilang daranya. Akan tetapi garisan itu tidak putus bermakna gadis itu masih suci.

Selain daripada tapak tangan, ibu jari dan jari kelingking juga boleh memberikan petunjuk sama ada gadis itu masih suci atau tidak. Untuk tujuan itu anda banya perlu menyentuh ibu jarinya dan genggam selama satu minit. Jika ibu jarinya panas dan kelihatan merah apabila dilepaskan dari genggaman anda, gadis itu masih dara.


Akan tetapi jika jari itu kelihatan kecut dan pucat walaupun panas, gadis itu sudah tiada suci lagi. Untuk melihat jari kelingking pula anda hendaklah memegang jari kelingking gadis itu dengan sedikit kuat selama seminit, kemudian lepaskan. Tanyakan kepadanya bagaimana rasa jari kelingkingnya setelah digenggam dan dilepaskan.

Jika gadis itu mengatakan tiada rasa apa-apa, bermakna dia sudah hilang dara. Tetapi jika dia berkata sesuatu yang sebagai contohnya, berdenyut, berdebar jantungnya, tersentuh perasaan pada hatinya atau setidak-tidaknya sedikit sakit yang berdenyut pada jarinya, maka gadis itu suci.

Biasanya sentuhan yang saya maksudkan ini hanya boleh dilakukan antara lelaki dan perempuan sahaja. Jika perempuan dengan perempuan melakukannya ia tidak memberi kesan kepada yang melakukannya. Tetapi untuk tujuan meneliti tapak tangan, anda sendiri boleh melakukannya dengan memerhati garis-garis yang ada. Jangan risau jika terdapat garis-garis pecah pada telapak tangan anda jika anda masih dara. Sebenarnya ada kemungkinan oleh kerana anda bekerja agak keras, maka terdapat pada bahagian tapak tangan anda pecah-pecah atau berurat.

Walau bagaimanapun keperibadian yang mulia dan sentiasa menjaga kesucian diri tidak akan memberi sebarang kesan terhadap diri anda.. Janganlah kita menuduh gadis yang tidak ada dara ini dengan sesuka hati kita .. kita tidak tahu sejarah silam hidupnya .. ^_^


THANKS FOR READING =)

4 GOLONGAN LELAKI


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu.

Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .) 

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak. 

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. 

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.) 

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. 

Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!


THANKS FOR READING =)

! Masa Yang Singkat !

Assalamualaikum Blogger .. Sihat ?? macam mana cuti ?? Adakah cuti korang di manfaatkan dengan benda yang berfaedah ?? huhu .. aku taw , mesti ramai yang cakap 'SEKEJAPNYA CUTII' , 'LAA , DAH SEKOLAH KE ???' .. Ayat yang paling best , 'CIKGU ADA BAGI HOMEWORK KE ?? AKU INGAT TAKDA' ...Hahaha .. Mesti korang pernah cakap macam tuh kan ?? Tak payah tipu larh , aku pun pernah cakap macam tu ...

Sekejap je dah bulan 6 kan ?? Masa berlalu meninggalkan kita .. Tahun nie aku SPM .. Bila difikirkan balik , takde masa nak main-2 lagi .. Tahun nie aku LAST sekolah.. Aku nak dapat keputusan yang terbaik dalam hidup aku .. Pernah tak kita terfikir , apa yang akan berlaku pada masa depan kita ?? Kalau kita mempunyai kuasa untuk melihat masa depan , mesti kita akan memperbaiki kelemahan dan kesilapan kita supaya masa depan kita tidak musnah ..

Sebelum nak habiskan POST nie , aku nak bagitahu .. Semalam aku dapat Netbook Acer dari Kerajaan Malaysia .. Terima Kasih yee !! ^_^ .. Aku sangat menghargai Netbook tu ... :)

~Sampai sini je larh dulu , next time aku bukak cerita baru ye ..... Assalamualaiku, ^_^
THANKS FOR READING =)

! Orang Yang di Cintai Di kebas orang?? !






Assalamualaikum para pembaca ! hari ni saya nak berkongsi sikit pasal kecewa nie ...
Kekecewaan memang pahit. Orang sering tidak tahan menanggung rasa kecewa yang dialaminya. Mereka selalunya akan cuba membuang perasaan kecewa itu tetapi tak boleh , BETUL KAN ?? .. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: 'Ada tiga perkara dimana tidak seorang pun yang dapat terlepas darinya, yaitu prasangka, rasa sial, dan dengki. Dan aku akan memberikan jalan keluar bagimu dari semua itu, yaitu apabila timbul pada dirimu prasangka, janganlah dinyatakan, dan bila timbul di hatimu rasa KECEWA, jangan cepat difikirkankan, dan bila timbul di hatimu dengki, janganlah diperturutkan.”

Pernah tak terjadi pada diri kamu , bila mana orang yang kamu suka atau cintai itu , diSAMBAR orang ?? Pernah bukan ? Sakitnya hati kita masa itu tidak boleh digambarkan dengan kata-2 .. rasa macam nak bunuh diri pun ada .. Ketahuilah , JANGAN MENJADIKAN BUNUH DIRI itu sebagai JALAN PENYELESAIAN terakhir ..Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud : 'DAN SESIAPAPUN YANG MEMBUNUH DIRINYA SENDIRI DENGAN SEPOTONG BESI, DI NERAKA IA AKAN DIAZAB DENGAN BENDA YANG SAMA".
Kalau kita bunuh diri dengan cara terjun bangunan , di Neraka kelak , kita akan disiksa dengan perkara yang sama ...


Jodoh adalah Urusan Allah , jika orang yang kita cinta itu di miliki orang lain bukan bermakna kita sudah tiada jodoh lagi .. YANG PATAH akan tumbuh dan yang HILANG akan berganti .. Mungkin itu takdir Allah terhadap diri kita ...Ungkapan yang terkenal: WE CAN'T DIRECT THE WIND BUT WE CAN ADJUST OUR SAIL – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji/kecewa) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

Berzikirlah pada Allah bagi menenangkan jiwa .... Berdoalah pada Allah jika kecewa datang menjangkiti hati kita ...



Ini pula DOA PENDEKAT JODOH :


Pada hati yang sedang kecewa , tenanglah dikau dari perasaan yang mengganggu fikiran dan kewarasan akal ...

MAAFLAH ye , image tak berapa nak clear .. zoom in larh sendiri ye .. ^_^ ..
THANKS FOR READING =)

! Menahan Marah Membawa Kita Ke Syurga !

Assalamualaikum .. Apa khabar BLOGGER ?? dah lama tak update blog nie .. dah bersawang dah .. :D .. Hari nie saya nak berkongsi sedikit mengenai MARAH .. Siapa diantara kita yang tak pernah marah ?? semua pernah marah , tapi bagaimana nak menahan nafsu marah kita ?? bagaimana pula dengan menahan marah kita boleh Masuk Syurga Allah ??






Dari Abu Hurairah R.A bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Rasulullah S.A.W : 'Berilah wasiat kepadaku' . Sabda Rasulullah : 'Janganlah engkau Marah' . Kemudian lelaki itu mengulangi soalan yang sama dan Rasulullah memberi jawapan yang sama iaitu JANGANLAH ENGKAU MARAH .. Dalam hadis lain , ada seorang lelaki bertanya kepada baginda Rasulullah : 'Apakah amalan yang paling mudah untuk aku masuk Syurga ?' Rasulullah menjawab : Janganlah engkau marah dan engkau akan masuk Syurga' ...


Lihatlah sahabat sekalian , Rasulullah sangat mengambil berat mengenai perihal kemarahan ini .. Sehinggakan kita akan dapat masuk syurga kalau menahan kemarahan kita .. Bukan bermakna dengan menahan marah sahaja kita dah dapat masuk syurga , amalan-2 lain seperti solat dan puasa juga wajib dilaksanakan .. Marah adalah sifat semulajadi seorang manusia yang normal .. Kalau nak melenyapkan terus perasaan marah tu memang tak boleh , tapi kita boleh menahan kemarahan kita ...


Macam mana pulak nak menahan marah ?? Ubahlah posisi kita , seperti Sabda Rasulullah : Apabila marah seorang daripada kamu dalam keadaan berdiri , maka hendaklah dia duduk .. kalau tidak hilang juga kemarahannya itu hendaklah dia berbaring ... Dalam hadis lain pula , Rasulullah menyuruh kita berWudhu' bagi menghilangkan marah .. Sebab apa kena berwudhu' ?? kenapa tak Tayamum je ?? .. Kerana marah itu adalah dari Syaitan , dan syaitan itu daripada api .. Api boleh dipadamkan dengan menggunakan air .. Itulah sebabnya Rasulullah menyuruh kita berwudhu' ..


Hadis-2 Rasulullah yang lain mengenai Marah :

”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi saw mengulangi ucapannya 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

"Sesiapa menahan kemarahan padahal dia mampu melauhkannya, maka Allah kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya." (HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)


“ Orang mukmin itu bukan pencaci maki, pengutuk, berkata keji dan tidak berlidah kotor.”(riwayat tarmizi)


"Sesiapa menahan kemarahan padahal dia mampu meluahkannya, maka Allah kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya." (HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)



APA PUN INGATLAH , LIDAH ITU LEBIH TAJAM DARIPADA LIDAH .. LIDAH MAMPU MEMBUATKAN MANUSIA BERTELINGKAH SESAMA SENDIRI .. SEBARKANLAH MAKLUMAT INI , SEPERTI SABDA RASULULLAH : SEBARKANLAH DARIKU WALAUPUN SATU AYAT .. ^_^ SEMOGA MENDAPAT MANFAAT .. ASSALAMUALAIKUM !









THANKS FOR READING =)

! DuGaaN HiDuP !

Assalamualaikum .. lama tak update blog nie ! huhu .. macam2 masalah yg aku dapat tahun 2012 nie ! kadang2 aku terfikir jgak , kenapa Allah menduga aku ?? rupanye , org yg sedang diuji Allah tu tandanya Allah syg pada nya .. bukan Hamba Allah namanya kalau tak diuji .. huhu .. PENGALAMAN MEMATANGKAN USIA .. KAN??? So , after this aku terima dgn redha ape saja dugann yg bakal aku hadapi ... ^_^
THANKS FOR READING =)